Monday, 30 April 2012

Sukatan Pelajaran Sains Tahun 1 KSSR


RANCANGAN TAHUNAN
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
TAHUN 1

MINGGU

BIDANG

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

CATATAN


1


1.0 Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika
1.1   Mengenal pasti bahagian komputer (monitor, tetikus, papan kekunci, unit sistem).
1.2   Menghidupkan dan mematikan komputer (turn on, turn off)  mengikut tatacara  yang betul.
1.3   Mengenal pasti kedudukan kekunci abjad dan nombor
1.4   Menyatakan fungsi kekunci Enter, Spacebar, Backspace dan Delete.
1.5   Menggunakan tetikus untuk klik dan dwi klik
1.6   Menunjukkan sikap yang positif semasa menggunakan TMK.
1.7   Bekerjasama dengan rakan sekelas dalam kelas semasa menggunakan komputer.


2


2.0   Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian

2.1   Membuka dan menyimpan fail grafik, dokumen pemprosesan perkataan dan perisian persembahan (Paint, MS Word, MS PowerPoint).
2.2   Menaip teks menggunakan pelbagai saiz dan fon dalam satu halaman dengan menggunakan pemprosesan perkataan (MS Word).
2.3   Menggunakan pemprosesan perkataan (MS  Word) untuk menghasilkan teks berserta imej dalam satu halaman.
2.4   Menggunakan perisian grafik (MS  Paint) untuk membuat gambar menggunakan bentuk asas dan kotak warna (color box).
2.5   Menggunakan perisian persembahan (MS PowerPoint) untuk menghasilkan dua slaid persembahan menggunakan teks dan imej.
2.6   Mencetak dokumen.
2.7   Merekodkan suara dengan menggunakan perisian sedia ada.


3



3.0   Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat

3.1   Mengenal pasti lokasi dan mencapai maklumat yang disimpan.
3.2   Menggunakan pelayar untuk melayari Internet
3.3   Mencari imej menggunakan enjin carian.
3.4   Menyimpan imej daripada laman web.
3.5   Menunjukkan dan menerangkan bagaimana mencapai  imej yang disimpan.


4

SAINS HAYAT
  1. BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP
1.1 Memahami ciri benda hidup dan
      bukan hidup.
Murid boleh:
1.1.1          Mengenalpasti benda hidup dan benda bukan hidup.
1.1.2          Mengenalpasti ciri-ciri benda hidup iaitu: perlukan air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak.
1.1.3          Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

5



4.0   Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat

4.1   Menyampaikan idea menggunakan pemprosesan perkataan (MS Word) dan perisian persembahan (MS PowerPoint).
4.2   Berkongsi idea menggunakan perkakasan  lain seperti kamera digital dan CD-ROM.

6


5.0   Menggunakan TMK untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan

5.1   Menggunakan perisian aplikasi dan sumber TMK yang bersesuaian (MS Word, MS PowerPoint, Paint) untuk menghasilkan tugasan yang diberi.




6.0   Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran 

6.1   Mengukuhkan persembahan multimedia (MS PowerPoint) sedia ada seperti masukkan fail audio.

7



7.0   Menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif

7.1   Menggunakan perisian grafik (Paint), pemprosesan perkataan (MS Word) atau perisian persembahan (MS PowerPoint) secara kreatif (memanipulasi  teks, imej dan bunyi) untuk mempersembahkan idea atau konsep sedia ada.



8

  1. BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP

1.1   Memahami ciri benda hidup dan bukan hidup.

Murid boleh:
1.1.1  Mengenalpasti benda hidup dan  
          benda bukan hidup.
1.1.2  Mengenalpasti ciri-ciri benda hidup    
           iaitu: perlukan air dan makanan,   
           bernafas, bergerak, membesar dan    
           membiak.
1.1.3  Menjelaskan pemerhatian melalui                 
          lakaran, TMK, penulisan atau lisan.



9
10



2. MANUSIA

2.1     Memahami bahagian manusia dan fungsi tubuh manusia.











2.2     Menghargai bahagian tubuh kita.
Murid boleh:
     2.1.1  Mengenal pasti bahagian tubuh    
               manusia iaitu mata, telinga,   
               hidung, mulut, lidah, tangan dan   
               kaki
2.1.2    Menceritakan tentang fungsi dan kepentingan bahagian-bahagian tubuh manusia.
2.1.3   Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

2.2.1   Menghormati dan menerima keadaan diri seseorang.



11
12
13



3.   HAIWAN

3.1     Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan.













3.2   Menghargai pelbagai haiwan di sekeliling kita.
Murid boleh:
3.1.1     Mengenal pasti haiwan yang terdapat di sekeliling seperti kucing, ikan,burung, ular, katak, lipas, siput dan rama-rama.
3.1.2     Mengenal pasti bahagian-bahagian tubuh haiwan iaitu mata, mulut, telinga,paruh, sayap, kaki, ekor, sirip, sisik, bulu, tanduk, sesungut dan cangkerang.
3.1.3     Membanding dan membezakan bahagian tubuh satu haiwan dengan bahagian tubuh haiwan-haiwan yang lain.
3.1.4     Mengitlak bahawa ada haiwan yang mempunyai ciri yang sama dan berbeza.
3.1.5     Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

3.2.1 Mengajuk bunyi pelbagai haiwan yang pernah mereka dengar.
3.2.2 Menunjukkan cara pelbagai haiwan bergerak secara simulasi.
3.2.3 Menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan dengan cara tidak menganiaya haiwan.




14
15
16



4. TUMBUHAN

4.1 Menganalisis tumbuhan dan bahagian tumbuhan


















4.3 Menghargai pelbagai tumbuhan di sekeliling kita.
Murid boleh:
4.1.1   Mengenal pasti tumbuhan yang terdapat di sekeliling seperti rumput, paku pakis, pokok mangga, pokok kelapa, pokok bunga raya, pokok nanas, pokok keembong, pokok bunga ros, pokok orkid dan pokok pisang.
4.1.2 Mengenal pasti bahagian-bahagian tumbuhan iaitu pucuk, daun, bunga,buah, dahan, batang dan akar dengan memerhati tumbuhan sebenar.
4.1.3 Membanding dan membezakan bahagian satu tumbuhan dengan tumbuhan‑ tumbuhan yang lain melalui penyiasatan.
4.1.4 Mengitlak bahawa ada tumbuhan yang mempunyai ciri yang sama dan ada ciri yang berbeza.

4.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.


4.3.1 Meramalkan secara lisan keadaan di muka bumi jika hanya terdapat satu jenis tumbuhan sahaja.


17
18





4.2 Mencipta produk daripada bahagian-bahagian tumbuhan.

Murid boleh:
4.2.1 Mereka bentuk produk seperti penanda buku, potpuri, kolaj dan kraftangan seperti tikar, topi, penyapu, bakul, ketupat dengan menggunakan bahagian‑bahagian tumbuhan.
4.2.2  Menceritakan tentang hasil ciptaan secara lisan.



19
20



SAINS FIZIKAL

5.   MATA UNTUK MELIHAT



5.1 Mengaplikasikan pengetahuan tentangpelbagai warna.

Murid boleh:
5.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria penglihatan.
5.1.2 Mengenal pasti warna iaitu hitam, putih, biru, merah, hijau, kuning, ungu,dan jingga.
5.1.3 Menaakul kepentingan warna dalam kehidupan secara lisan.
5.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.


21




5.2  Memahami pengetahuan   tentang pelbagai bentuk.
Murid boleh:
5.2.1 Mengenal pasti pelbagai bentuk asas iaitu segi empat tepat, segi empat sama, segi tiga dan bulatan yang terdapat pada objek di persekitaran murid.
5.2.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.


22





5.3 Menganalisis pengetahuan tentang pelbagai saiz.

Murid boleh:
5.3.1 Mengenal pasti pelbagai saiz iaitu besar, kecil, panjang, pendek, tinggi,rendah.
5.3.2 Menyusun objek mengikut urutan saiz.

5.3.3 Menaakul secara lisan kepentingan saiz dalam kehidupan.

5.3.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.



23
24




5.4 Memahami ciri objek berdasarkan warna,saiz dan bentuk.
Murid boleh:
5.4.1 Mengelaskan objek mengikut ciri yang dipilih sama ada warna, saiz atau bentuk.
5.4.2 Menggabungkan objek yang mempunyai ciri yang sama.
5.4.3   Menggabungkan objek yang mempunyai ciri yang berbeza.
5.4.4  Menceritakan tentang ciptaan secara lisan.



25
26
27




6.  HIDUNG UNTUK MENGHIDU


6.1 Mengaplikasi pengetahuan tentang pelbagai bau.






6.2 Menghargai deria bau.

Murid boleh:
6.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria bau.
6.1.2 Mengelaskan benda-benda yang berbau dan tidak berbau berdasarkanpenyiasatan.
6.1.3  Menaakul tentang kepentingan bau secara lisan.
6.1.4   Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
6.2.1  Menaakul kepentingan deria bau     
          secara lisan


28
29



7. LIDAH UNTUK MERASA

7.1          Mengaplikasi pengetahuan tentang pelbagai rasa.








7.2                       Menghargai deria rasa.

Murid boleh:
7.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria rasa.

7.1.2 Mengelas pelbagai bahan makanan berdasarkan rasa manis, masin, pahit, dan masam dengan menjalankan penyiasatan.

7.1.3 Menaakul tentang kepentingan rasa secara lisan.

7.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

7.2.1 Menaakul kepentingan deria rasa dengan tidak mengambil makanan yang terlalu masin, manis, pahit atau masam  yang memudaratkan kesihatan


30
31
32



8. KULIT UNTUK MENYENTUH DAN MERASA

8.1 Menganalisis ciri fizikal bahan.

Murid boleh:

8.1.1  Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria sentuh.
8.1.2  Membezakan ciri bahan iaitu panas, sejuk, kasar, halus, keras dan lembut melalui penyiasatan.
8.1.3 Mengelaskan bahan mengikut ciri bahan.
8.1.4 Menaakul kepentingan ciri bahan dalam kehidupan.
8.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalu lakaran, TMK, penulisan atau lisan.




33
34



9. TELINGA UNTUK    MENDENGAR

9.1 Memahami pelbagai bunyi dan kepentingannya.
Murid boleh:
9.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria pendengaran.
9.1.2 Mengenal pasti pelbagai bunyi yang diperdengarkan.
9.1.3 Memberi contoh kepentingan bunyi dalam kehidupan.
9.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.




35
36



10. MENGGUNAKAN SEMUA DERIA

10.1 Mengaplikasi pengetahuan tentang deria.





10.2 Menghargai organ deria kurniaan Tuhan

Murid boleh:
10.1.1 Mengelaskan objek mengikut ciri dengan menggunakan deria.
10.1.2 Menggunakan deria untuk mengenal pasti objek melalui penyiasatan.
10.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

10.2.1 Memerihalkan kepentingan menjaga keselamatan diri termasuk organ deria.





37
38


SAINS BAHAN
11.TIMBUL DAN   TENGGELAM

11.1 Mengaplikasikan konsep  timbul dan tenggelam.

Murid boleh:
11.1.1 Mengenal pasti objek yang timbul dan objek yang tenggelam melalui penyiasatan.
11.1.2 Mengubah suai objek yang tenggelam supaya timbul dan objek yang timbul supaya tenggelam.
11.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.


39
40


TEKNOLOGI DAN KEHIDUPAN LESTARI
12. REKA BENTUK

12.1 Mencipta binaan daripada bentuk asas bongkah.

Murid boleh:
12.1.1 Mengenal pasti bentuk asas bongkah iaitu kiub, kuboid, piramid, prisma,kon, silinder dan sfera.
12.1.2 Mereka bentuk objek atau struktur menggunakan bentuk asas dan bentuk asas bongkah.
12.1.3 Menaakul kepentingan kepelbagaian bentuk bongkah secara lisan.
12.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.



Saturday, 28 April 2012

Benda Hidup Dan Benda Bukan Hidup

Hasil kerja anak-anak didikku kumpulan 2. Tahniah cikgu bangga dengan pencapaian kalian semua.

Jom Kita Ketahui Bahagian-Bahagian Anggota Haiwan

Anak-anak didikku Kelas 1 Anggerik sedang melihat dan berbual tentang bahagian-bahagian anggota haiwan.
Mohd Syamil melihat kepala haiwan dan menamakan bahagian-bahagian tersebut kepada rakan-rakan.
Muhd Akmal dan rakan -rakan tersenyum melihat bahagian-bahagian tubuh haiwan
Muhd  Lokman Salleh memegang bahagian ekor harimau dan mengejanya bersama-sama.
Danish Royyan dan rakan-rakan melihat bahagian kepala harimau.

Wednesday, 11 April 2012

Jom Tonton

Kita perlu bersyukur dengan keindahan ciptaan Tuhan .Cuba murid-murid lihat rakaman ini dan namakan haiwan yang murid-murid lihat .Jom Tonton .

Sunday, 8 April 2012

Telatah Anak Didikku 1Anggerik

Ya Allah berikan kejayaan yang cemerlang untuk anak-anak didikku agar kejayaan itu akan menggembirakan kedua ibubapa mereka .Amin

Wednesday, 14 March 2012

Hasil Kerja Anak-Anak Didikku 1 Anggerik

Anak-anak didikku leka menyiapkan hasil kerja mereka.
Hasil lukisan Nurhidayah Bt Rosli dan rakannya Muhammad Luqman Bin Md Salleh
Tahniah hasil kerja Nur Aqilah Bt Sharlizan dan Nur Izaan Bt Jamaluddin
Latihan pengukuhan anak-anak didikku.Tahniah cikgu ucapkan kepada kemau semua.

Monday, 12 March 2012

Rancangan Harian Sains Tahun 1 KSSR


Rancangan Pengajaran Harian 1
 Tarikh / Hari                            : 21 Mac 2012            /           Rabu                         
Masa                                       : 10.50 – 11.50 ( 1 jam )
Kelas                                       : 1 Anggerik                                        
Bil.Pelajar                                : 35 orang
Mata Pelajaran                       : Sains Hayat
Tajuk                                       : 3.0 Haiwan
Standard Kandungan              : 3.1 Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan
Standard Pembelajaran          :3.1.1 Mengenal pasti haiwan yang terdapat di sekeliling seperti             
                                                kucing ,ikan , burung , ular , katak ,lipas ,siput ,dan rama-rama.
Objektif                       : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat
1.          Menamakan haiwan.
2.          Melukis gambar haiwan dan menulis nama haiwan .
3.          Membuat bunyi haiwan
Pengetahuan Sedia Ada         : Murid boleh menamakan  haiwan-haiwan yang biasa ditemui.
Konsep                                    : Haiwan ada di mana-mana sahaja.
Bahan                                      : Gambar haiwan terburai ,Note Book dan LCD
Kemahiran
Tajuk
Pengetahuan

Fakta
Konsep
Generalisasi
3.1.1Mengenal pasti haiwan yang terdapat disekeliling kita.
Banyak haiwan di mukabumi ini.
Bentuk dan habitat haiwan berbeza.
Pembiakan haiwan bergantung kepada faktor persekitaran dan iklimnya.

Tajuk
Kemahiran

Kognitif
Psikomotor
Sosial
3.1.1Mengenal pasti haiwan yang terdapat disekeliling kita.
Menyatakan haiwan yang mereka ketahui.
Melakon pergerakan haiwan .
Murid berlakon berbagai watak haiwan dengan kawalan guru.

Fasa
Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota


Aktiviti Guru
Aktiviti Murid


Set Induksi
5minit

3.1.1Mengenal pasti haiwan yang terdapat disekeliling kita.

- Menamakan haiwan yang di dengar melalui lagu .

1.Guru meminta murid mendengar lagu  Pak Mamat Ada Kebun .
2.Guru meminta murid menyatakan haiwan yang terdapat dalam lagu itu.

1.Mendengar dan menyatakan  nama haiwan yang didengar individu dan kumpulan

Strategi:
Mendengar dan nyanyi lagu bersama.

Murid sebut nama haiwan.

Perkembangan
Menstruktur semula.

Langkah 1
15 minit

3.1.1Mengenal pasti haiwan yang terdapat disekeliling kita.

- Menamakan haiwan di zoo.

1.Memberi peneguhan kepada murid yang menjawab soalan.
2.Meminta murid bercerita tentang haiwan di zoo .
3.Guru menerangkan bahawa terdapat banyak haiwan di mukabumi ini.Guru meminta murid menyatakan haiwan lain yang mereka ketahui.


1.Murid menceritakan tentang haiwan yang mereka lihat di zoo.
2.Soal jawab tentang nama haiwan
sesama  rakan.
3.Guru membimbing murid menjawab soalan.

Strategi:
Mendengar idea murid  .

Murid sebut nama haiwan yang terdapat di zoo .
( Pengalaman murid ).

Aplikasi Idea

Langkah 2
15 minit

3.1.1Mengenal pasti haiwan yang terdapat disekeliling kita.

-Haiwan di air dan haiwan di darat .

1.Guru mempamerkan gambar haiwan ikan dan rama-rama  melalui LCD .
2.Guru meminta murid menyatakan habitat kedua-dua haiwan ini  3.Guru menunjukkan slaid haiwan seterusnya.


1.Murid menyatakan tempat tinggal haiwan dengan bimbingan guru.
2.Murid dibimbing mengelaskan tempat tinggal haiwan-haiwan .

Strategi:
Haiwan di air dan haiwan di darat .

Murid sebut nama haiwan di air dan di darat .

Langkah 3
Aplikasi Idea
20 minit

3.1.1Mengenal pasti haiwan yang terdapat disekeliling kita

-Melukis gambar haiwan
-Mengeja nama haiwan bersama guru .

1 Mengedarkan lembaran kerja mengikut  tahap murid.
.Guru membimbing murid membuat latihan pengukuhan , pengayaan dan pemulihan .
Pengayaan :
.Melukis   dan melabel
Pemulihan:.
.Menyurih dan memadankan.


1.Murid melaksanakan aktiviti dengan bimbingan guru .
2.Murid mengeja nama haiwan bersama guru .



Strategi :
Menyebut nama haiwan dan mengeja bersama-sama.

Penutup
/ Refleksi
5  minit

3.1.1Mengenal pasti haiwan yang terdapat disekeliling kita.

-Membuat bunyi haiwan .


1.Meminta murid membuat bunyi harimau , kucing ,katak dan burung.


1.Murid mematuhi arahan guru.
2.Menyebut dan mengeja nama haiwan dengan bimbingan guru.


Strategi :
Membuat bunyi haiwan .
Nilai Murni  :
Menyayangi haiwan .

Pentaksiran :
Murid-murid dapat menamakan haiwan disekeliling mereka.
1.    Menamakan haiwan.
2.    Melukis gambar haiwan dan menulis nama haiwan .
3.    Membuat bunyi haiwan
Nilai murni :
Menyayangi haiwan .
Refleksi :
1.